Lelaki mengaku Raja Segala Raja Sedunia tabal diri di kebun getah

0
585
Seorang lelaki mendakwa Raja Segala Raja Dunia menabalkan dirinya di sebuah kebun getah di Negeri Sembilan

CYBERJAYA – Seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan mendakwa dirinya sebagai Raja Segala Raja Sedunia selepas melakukan satu upacara pertabalan ‘pelek’ di sebuah kebun getah.

Dalam satu hantaran menerusi laman Facebook Ratu Kaneka Hyang Isana, pertabalan itu dilakukan di Kaki Bukit Salai, Ulu Jelebu, Negeri Sembilan.

Lelaki itu yang menggunakan nama Tengku Alam Nara ‘ditabalkan’ kelmarin dengan dihadiri beberapa orang pengikutnya.

Dia yang lengkap berpakaian seperti istiadat diraja bagaimanapun memilih untuk melakukan upacara itu di atas jalan yang menghubungkan rumah-rumah kampung di kawasan itu.

Sementara itu, rata-rata warga maya mempersendakan tindakan lelaki itu bersama-sama pengikutnya.

Seorang lelaki mendakwa Raja Segala Raja Dunia menabalkan dirinya di sebuah kebun getah di Negeri Sembilan

“Teruk nauu (betul) tabal atas jalan jew, baik tabal dlm hutan nmpk la jgk raja bunian, sultan melaka pon sewa dewan,” komen Mohd Ayob Ibrahim.

“Ini dah kira ajaran sesat..bila berlaku sesuatu yg bercangah dgn agama lebih baik Kita sekat sebelum menyesatkan lebih ramai orang,” komen Aana Sofieya.

“Nak jadi raja, tapi modal kain kuning jelah,” komen Muhammad Mohd Zin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here