Lori APM bawa bantuan terbabas, ADUN Ajil selamat

0
23
Maliaman Kassim

KUALA BERANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berdepan detik cemas apabila lori Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang dinaiki terbalik di Kampung Lebak di sini.

Maliaman menaiki kenderaan itu dalam misi menghantar bantuan bekalan makanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di Hulu Terengganu.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, lori yang dinaiki bersama 13 anggota APM berkenaan dikatakan terbalik selepas terbabas ketika melalui jalan raya yang ditenggelami air.

Akibat kejadian itu, Maliaman mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki dan berjaya diselamatkan bot penyelamat dan dibawa ke lokasi selamat.

“”Allah masih panjangkan usia kami. Saya bersama 13 anggota APM dalam misi menghantar keperluan makanan kepada mangsa di sekitar Hulu Berang.

“Nasib tidak menyebelahi kami kerana kenderaan logistik APM dibawa arus yang cukup deras berhampiran Sungai Kampung Lebak.

“Keperluan makanan, pakaian semua dibawa arus yang cukup deras dan kenderaan logistik juga tidak dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Ekoran kejadian itu, beliau memohon maaf kepada penduduk di kawasan terjejas kerana tidak dapat menghantar bekalan makanan.

“Saya mohon maaf kerana gagal menghantar keperluan barangan untuk mangsa banjir tadi.

“Jutaan terima kasih kepada penyelamat yang datang memberi bantuan kepada team kami,” katanya.

Gambar : Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here