Mahkamah arah 3 beradik mualaf diserahkan semula kepada ibu

0
433
Loh Siew Hong bersama anak-anaknya ketika masih kecil

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan habeas corpus daripada Loh Siew Hong bagi mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya yang telah memeluk agama Islam.

Penghakiman itu dibuat oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas mendengar hujahan daripada peguam Siew Hong dan peguam yang hadir mewakili ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah.

Siew Hong sebelum ini memfailkan permohonan habeas corpus bagi mendapatkan semula anak perempuan kembarnya berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 10 tahun, yang berada bawah jagaan pihak lain.

Dalam pada itu, peguam kepada Nazirah, Aidil Khalid berkata, mahkamah hanya membuat keputusan mengenai penjagaan kanak-kanak itu sahaja tanpa menyentuh mengenai isu agama yang dianuti mereka.

“Keputusan mahkamah secara tegas cuma berkenaan isu memulangkan anak kepada ibu tapi tak sentuh isu lain sebab keputusan hari ini ada dalam keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, berkenaan penukaran agama tiada isu.

Aidil Khalid (kanan)

“Sehingga ke saat ini agama anak itu kekal seperti yang didaftarkan sehingga ada arahan lain seterusnya selepas ini,” katanya ketika ditemui media di luar perkarangan mahkamah.

Isu perebutan kanak-kanak tersebut tercetus selepas ibu tunggal itu yang sejak tiga tahun lalu terpisah dengan anak-anaknya dipertemukan semula dengan bantuan Nazirah.

Nazirah yang merupakan usatazah di sebuah pusat pengajian agama menjaga ketiga-tiga anak tersebut dengan didikan Islam selepas Siew Hong yang berbangsa Cina dan beragama Hindu tidak dapat dikesan selepas dikatakan menghilangkan diri manakala bapanya yang menukar agama kepada Islam kini sedang menjalani hukuman penjara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here