Majikan diingat sediakan penyata saraan pekerja 2021 sebelum akhir Februari- LHDN

0
33
LHDN

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan setiap majikan untuk menyediakan penyata saraan pekerja bagi tahun 2021 sebelum akhir bulan ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, mengikut peruntukan subseksyen 83(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), penyata saraan itu yang juga dikenali sebagai Penyata EA (bagi majikan sektor swasta) dan Penyata EC (bagi majikan sektor kerajaan) hendaklah diserahkan kepada pekerja.

“Penyatan ini perlu diserahkan kepada pekerja pada atau sebelum 28 Februari setiap tahun bagi membolehkan pekerja mereka melengkapkan seterusnya mengemukakan Borang Nyata masing-masing kepada HASiL dalam tempoh yang telah ditetapkan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut LHDN, para majikan boleh merujuk Nota Panduan untuk mengisi Penyata EA dan EC itu menerusi portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau melalui
pautan pantas seperti yang berikut:
Nota_Penerangan_E2021_1.pdf (hasil.gov.my).

Katanya, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dibuat melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here