
CYBERJAYA – Sebanyak 100 pek makanan bermasak diedar secara percuma oleh Kumpulan Malakat Eco kepada orang ramai di Malakat Mall tengah hari ini.
Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn. Bhd, Chef Munir Bastani berkata, program Makanan Percuma; Nasi 1 Lauk & 1 Sayur yang masuk minggu kedua itu disediakan kepada golongan yang memerlukan.
“Minggu lalu kami edar lebih 200 pek makanan manakala minggu ini 100 pek disediakan untuk pengunjung dan penduduk di sekitar Malakat Mall.
“Program sedekah ini akan diteruskan pada setiap Jumaat untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Menurut Munir, set makanan bermasak yang disediakan hari ini berupa nasi campur dengan hidang ayam masak kicap dan kubis goreng.
“Kami berharap sumbangan ini dapat menggembirakan hati mereka-mereka yang mermelukan kerana sudah menjadi prinsip perniagaan kami bahawa dalam setiap rezeki kita ada terselit hak orang lain,” katanya.

Selain edaran makanan bermasak di Malakat Mall, Malakat Grocer pada hari ini turut mengedar barangan keperluan harian di sekolah tahfiz.
Sementara itu, pengunjung Malakat Mall yang hanya mahu dikenali sebagai Farhan berkata, beliau berterima kasih kepada Malakat Mall kerana sering menyediakan sumbangan makanan kepada orang ramai.
“Saya telah lama mengikuti perkembangan Malakat Mall dan saya tidak ada pusat beli belah lain yang sama seperti ini.
“Saya doakan sumbangan dan sedekah pada hari Jumaat yang mulia ini diberkati Allah semoga Malakat Mall terus maju,” katanya.
