Malakat Mall anjur program Selawat & Munajat

0
31
Aturan program Selawat & Munajat yang akan berlangsung di Malakat Mall, esok.

CYBERJAYA – Orang ramai khususnya umat Islam di sekitar daerah ini dijemput menghadiri Majlis Selawat & Munajat yang akan diadakan di Malakat Mall di sini esok.

Program bertemakan “Perteguh Ukhuwwah, Perkasa Ekonomi Ummah” itu dijadualkan berlangsung pada pukul 6 petang sehingga 11 malam di lobi Malakat Mall.

“Malakat Mall amat berbesar hati untuk menjemput sekalian muslimin dan muslimat untuk menyertai program taman-taman syurga iaitu Majlis Selawat & Munajat.

“Semoga program ini memberi peluang kepada kita umat Islam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri,” menurut kenyataan

Majlis ini akan diserikan dengan pengisian bersama oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malayasia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Malakat Eco dan Brainy Bunch, Adzhar Mohd Noor; Ustaz Masridzi, Penasihat Syariah Malakat Eco, Ustaz Masridzi; Pencetus Ilham Cinta Watan, Walid Ibrahim al-Malik; Maulana Wan Tahir dan Tuan Mahmud dari Pembela.

Sementara itu, pihak pengurusan Malakat Mall meminta orang ramai membawa sejadah sendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai pencegahan Covid-19.

Orang boleh menonton program ini yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Malakat Mall.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here