
CYBERJAYA – Buat julung kalinya, Malakat Mall di sini akan menganjurkan acara Vesparudin: The Retro Rendezvous pada hujung minggu ini.
Penyelaras Acara Kumpulan Malakat Eco, Noor Herdawaty Zakaria berkata, acara yang mengetengahkan gaya retro itu akan turut menghimpunkan peminat kenderaan klasik seperti motor vespa, kereta ‘Mini Cooper’ dan van ‘combi’ sepanjang penganjurannya pada hari Sabtu dan Ahad nanti.
“Kita turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua hari tersebut.

“Selain pelbagai pertandingan, kita akan turut mengadakan ‘treasure hunt’, mini perkambungan ‘combi’, dan macam-macam lagi,” kata Noor Herdawaty, hari ini.
Selain itu, turut diadakan persembahan busking dan penampilan istimewa kumpulan Gerhana Ska Cinta.
Kata Noor Herdawaty lagi, pengunjung turut boleh mendapatkan goodies bag istimewa yang mengandungi t-shirt edisi terhad, poster, ‘button badge’, dan stiker yang dijual pada harga RM60 satu set.
Bagi yang berminat, tempahan goodies bag tersebut boleh dilakukan di sini.
“Oleh itu, saya menyeru semua peminat gaya dan kenderaan retro supaya datang ke Malakat Mall pada hujung minggu ini,” katanya lagi.