
CYBERJAYA – Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan hari ini, Kumpulan Malakat Eco akan menyumbang sebanyak 200 pek makanan Nasi Padang di hadapan restoran It’s Thai di Malakat Mall.
Menurutnya dalam satu kenyataan, sumbangan pek makanan itu akan bermula pukul 12 tengah hari ini.
“Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini, Malakat Mall berbesar hati menaja pek makanan Nasi Kapaw Kaw Ibu Yeni kepada penduduk sekitar Cyberjaya.
“Edaran makanan Nasi Kapaw Kaw Ibu Yeni sebanyak 200 pek akan bermula jam 12 tengahari sehingga habis di hadapan restoran It’s Thai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, pihaknya turut menyediakan menu makan tengah hari berupa ayam gulai kampung, gulai tunjang, pucuk ubi, timun dan sambal lada untuk anda rasai sendiri keenakan masakan Nasi Kapaw ini.
“Semoga amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa menjadi amalan dalam kehidupan seharian,” katanya.