Malakat Mall Masjid Tanah tawar promosi ayam RM7.99 sekilogram, percuma minyak masak

0
23
Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH – Malakat Mall Masjid Tanah di sini menawarkan promosi ayam segar pada harga RM7.99 sekilogram sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan terhadap pusat beli belah itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Affandi Hamzah, promosi itu terhad pada setiap hari ini dan esok.

“Sebagai penghargaan kepada anda semua, kami akan buat promosi untuk hari ini dan esok ayam pada harga RM7.99 sekilogram (kg) dan percuma minyak masak seberat 1kg untuk pembelian lebih daripada RM150 dalam satu resit. Tawaran ini terhad kepada 200 pembeli pertama, sebagai permulaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Promosi ayam di Malakat Mall Masjid Tanah

Dalam pada itu, Affandi turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh penduduk Masjid Tanah yang memberikan maklum balas berhubung mutu perkhidmatan yang disediakan pihaknya.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil maklum setiap maklum balas diberikan dengan menambah bekalan setiap barangan terutamanya di pasar raya Malakat Grocer.

“Demi meneruskan perjuangan, kami sudah pun memulakan usaha untuk membetulkan keadaan. Sedikit demi sedikit barang akan kami lengkapkan di Malakat Grocer Masjid Tanah.

Pekerja sedang melakukan pembaikan di Malakat Mall Masjid Tanah
Pekerja sedang menyusun barangan di Malakat Mall Masjid Tanah

“Teruskan menyokong dan bersabar. Insya-Allah, lori demi lori akan berterusan masuk untuk menghantar barang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here