Malakat Mall siap sedia terima peserta Majlis Selawat dan Munajat

0
19
Ruang legar Malakat Mall sudah dibentangkan permaidani dan sejadah menanti kehadiran peserta Majlis Selawat dan Munajat yang diadakan mulai pukul 6 petang nanti.

CYBERJAYA – Ruang legar pasar raya Malakat Mall sudah bersedia menerima tetamu yang akan menghadiri Majlis Selawat dan Munajat bermula pada pukul 6 petang nanti.

Tinjauan Malakat Tribune mendapati, kawasan ruang legar tersebut telah dibentangkan permaidani dam sejadah menantikan kehadiran para tetamu.

Antara dijangka hadir termasuk Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malayasia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Malakat Eco dan Brainy Bunch, Adzhar Mohd Noor; Penasihat Syariah Malakat Eco, Ustaz Masridzi; Pencetus Ilham Cinta Watan, Walid Ibrahim al-Malik; Maulana Wan Tahir dan Tuan Mahmud dari Pembela.

Bertemakan ‘Perteguh Ukhuwwah, Perkasa Ekonomi Ummah’, majlis tersebut akan turut disiarkan secara langsung di akaun Facebook Malakat Mall.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here