MARA telah memulakan siasatan lanjut di MARA Corp.

0
79
Gambar Hiasan

CYBERJAYA– Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menyiasat dakwaan bahawa berlakunya salah laku melibatkan integriti beberapa pegawai dalam institusi berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun berkata, pihaknya memandang serius terhadap kejadian penyebaran dokumen pentadbiran dalaman kepada pihak awam yang telah menimbulkan persepsi negatif terhadap MARA dan anak syarikat berkaitan.

“Pihak MARA telah pun memulakan siasatan lanjut di MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corp) bagi meneliti dokumen-dokumen berkaitan untuk memastikan pengurusan syarikat sentiasa berlandaskan tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Azizah, keseluruhan anak syarikat MARA dikawal selia mengikut Akta Syarikat 2016 dan pihaknya sentiasa mengutamakan amalan integriti dalam organisasi berteraskan nilai integriti yang tinggi.

“Sekiranya wujud sebarang salah laku dalam tadbir urus anak syarikat di bawah agensi ini, MARA sesekali tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terlibat atas prinsip menjunjung nilai integriti dalam melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya lagi.

Sebelum ini, sebuah portal di Twitter dengan nama @edisi_siasatmy mendakwa berlakunya penyelewengan dana melibatkan beberapa pegawai MARA yang telah dipinjamkan secara ‘Cross Fertilisation Program’ kepada MARA Corp

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here