Meninggal dalam sujud solat Dhuha

0
104
Beh Eng Lai

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggal dunia ketika sujud solat sunat Dhuha di kediamannya di Segambut, pagi ini.

Shukri Sulaiman, 51, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan, mendapat cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan.

“Rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran.

“Apabila masuk ke dalam rumah dapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam bilik dengan keadaan bersujud dan memakai jubah putih,” katanya ketika dihubungi BH Online hari ini.

Beh berkata, jenazah arwah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bedah siasat akan dijalankan esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here