MetMalaysia keluar amaran ribut petir di Sabah, Sarawak

0
8
Amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah

CYBERJAYA – Beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada petang hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kawasan terlibat di Sarawak ialah Kuching, Bau, Serian, Samarahan, Sibu, Selangau, Daro, Matu, Dalat dan Mukah.

“Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah di Pitas dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here