Misi menyelamat kanak-kanak 5 tahun jatuh lubang sedalam 32 meter masih diteruskan

0
94
Pihak berkuasa semakin menghampiri kedudukan Rayan yang terperangkap sejak 4 hari lalu dalam lubang sedalam 32 meter

RABAT – Usaha untuk menyelematkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 32 meter di wilayah Chefchaoen, utara Maghribi masih diteruskan.

Pihak berkuasa yang dibantu dengan mesin jentolak semakin hampir dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai Rayan itu.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa terpaksa menggorek laluan bersebelahan lubang kanak-kanak itu terjatuh bagi operasi menyelamat yang memasuki hari keempat hari ini.

Difahamkan pihak penyelamat semakin menghampiri kedudukan Rayan dengan terdapat media tempatan melaporkan hanya tinggal jarak satu meter menjadi pemisah antara pasukan penyelamat dan kanak-kanak itu.

Rayan yang terperangkap lebih 70 jam
bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan sedar selepas pihak berkuasa meletakkan kamera bagi melihat situasi kanak-kanak lelaki itu.

Lubang yang menjadi lokasi kanak-kanak tersebut jatuh

Dia juga dibekalkan topeng oksigen dan bekalan makanan serta air selepas tiga hari terperangkap di dalam lubang.

Laluan yang dikorek pihak penyelamat

Sebelum ini, Khalid Agoram, bapa kepada kanak-kanak itu, melaporkan bahawa anaknya hilang sebelum mendapati telah terperangkap di dalam lubang.

Sebelum kejadian, Rayan bersama bapanya pergi ke kawasan tersebut yang terletak di Kampung Ighran di utara Chefchaouen untuk membersihkan kawasan sekitar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here