MPN syor pembukaan penuh sempadan negara

0
30
Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan kerajaan supaya membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac 2022 tanpa keperluan kuarantin wajib.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembukaan sempadan negara dalam pelaksanaan terancang itu penting untuk sebagai usaha memulihkan ekonomi negara

“MPN mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat bagi menyokong pemulihan negara.

“Majlis bersetuju supaya sepadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022 tanpa keperluan kuarantin wajib,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat MPN yang kedua bagi tahun 2022, pagi ini.

Muhyiddin bagaimanapun mengesyorkan pelaksanaan ujian Covid-19 dilakukan sebelum perlepasan dan semasa ketibaan di dalam negara.

“Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa,” katanya.

Dalam pada itu, semasa mesyuarat MPN, Muhyiddin Yassin turut memaklumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MPN berkuatkuasa 1 Februari 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here