MMU lancar ruang belajar secara maya HySpace, Hyflex

0
23
Pelaksanaan HySpace dan HyFlex membolehkan pelajar di dalam dan luar kelas mengikuti pengajian dengan lebih menarik, interaktif, fleksibel dan berkesan. – GAMBAR IHSAN MMU

CYBERJAYA – Malaysia memasuki gerbang baharu dalam pembelajaran dalam talian apabila Universiti Multimedia (MMU) melancarkan ruang belajar yang dinamakan HySpace dan Hyflex, di sini baru-baru ini.

Menggunakan teknologi terbaharu yang didokong oleh Qualcomm Technologies, ruang tersebut membolehkan para pelajar merasai suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara maya yang seolah-olah berada di dalam kelas sebenar.

Dr. Mazliham (dua dari kiri) dan Goh (dua dari kanan) pada majlis pelancaran HySpace and HyFlex, di MMU Cyberjaya, baru-baru ini.

Para pelajar dan pensyarah di dalam kelas boleh berkomunikasi secara interaktif dengan pelajar di rumah secara hybrid menerusi kamera-kamera berdefinasi tinggi dan mikrofon yang mengesan bunyi dan bergerak mengikut pergerakan pensyarah di dalam kelas.

Ia menggunakan Teknologi Qualcomm Technologies Education-as-a-Service (EaaS), yang merupakan sebahagian daripada IoT-as-a-Service (IoTaaS) syarikat itu.

Sistem itu merangkumi perkakasan dan perisian yang ditempatkan di sembilan buah kelas sebagai projek perintis. Selain itu, dijangka terdapat 40 buah kelas lain yang turut akan dipasang dengan kemudahan tersebut menjelas 2023 di kampus Cyberjaya dan Melaka.

Semasa berucap pada majlis perasmian ruang berkenaan, Mr Goh Thih Liang, Pengarah Kanan Qualcomm Malaysia Sdn Bhd, berkata, inovasi ‘Qualcomm Technologies’ telah membantu jutaan anggota masyarakat untuk menghadapi cabaran bidang pendidikan dalam era transformasi digital.

“Kami komited untuk menyediakan solusi transformasi digital dalam sektor pendidikan di Malaysia. Kami teruja untuk berkolaborasi dengan MMU dan berharap lebih banyak universiti lain turut mengikut jejak langkah MMU selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden MMU, Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud berkata, system yang ditawarkan oleh Qualcomm Technologies adalah bertepatan dengan kemudahan platform digital sedia ada di MMU ke arah merealisasikan plan stratik universiti, MMU PLUS U.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here