Model perniagaan perlu selari dengan teknologi

0
10
RASHDAN RAMLEE

CYBERJAYA – Penggunaan model perniagaan yang sesuai dengan teknologi terkini boleh menjadikan sesebuah perniagaan itu lebih berdaya saing dalam bidang mereka.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Media Foundry, Rashdan Ramlee, kebanyakan syarikat hanya mahu mengaplikasikan teknologi dalam perniagaan tanpa memahami kesesuaiannya kepada model perniagaan mereka.

“Dalam menggunakan sebarang teknologi, kita perlu melihat kembali kepada model perniagaan yang digunakan.

“Merujuk kepada blockchain, kesesuaiannya bergantung kepada model perniagaan yang diamalkan syarikat tersebut,” kata Rashdan, hari ini.

Tambah Rashdan, cabaran utama syarikat masa kini adalah dalam melihat kesesuaian model perniagaan yang mereka amalkan selari dengan teknologi yang mahu digunakan.

“Kita ambil contoh industri teksi yang kini sedang menghadapi saingan hebat dari perkhidmatan e-hailing.

“Para pemain industri (teksi) enggan melihat pada keperluan mengubah model perniagaan mereka, dan kemunculan sistem e-hailing dengan model perniagaan yang baharu, berjaya memberi saingan yang amat hebat kepada mereka,” kata Rashdan lagi.

Rashdan merupakan salah seorang jurucakap yang muncul pada program ‘breakfast talk’ anjuran iiiVenture di Malakat Mall, pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Pengarah Eksekutif Aerodyne, Kamarul Muhamed, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here