Motor milik pemain STL, Muslim Ramli hilang di Bangi

0
1230
Motosikal milik Muslim yang hilang semalam

BANGI – Motosikal kesayangan milik pemain sepak takraw pasukan Putrajaya Cyborg, Muslim Ramli hilang semalam selepas diletakkan di kawasan ruang parkir pangsapuri PKNS Seksyen 3 Bandar Baru Bangi di sini.

Muslim berkata, dia hanya menyedari kehilangan motosikal jenis Yamaha 125zr itu selepas pulang daripada perlawanan Liga Sepak Takraw (STL) Emas Anuar di Pulau Pinang, semalam.

“Motosikal saya ini baru beli pada bulan Oktober tahun lalu, tapi jarang guna sebab sibuk dengan kerja dan latihan takraw.

“Sebelum ini saya tinggal motor di kawasan parkir pangsapuri sebelum perlawanan STL di Pulau Pinang. Sampai saja di rumah baru saya sedar motosikal ini dah hilang,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Menurut striker Putrajaya Cyborg itu, motosikal berwarna merah dengan nombor pendaftaran PGE 8271 sangat bermakna buat dirinya.

Sejak Jumaat hingga semalam, kesemua pasukan yang bertanding dalam STL Emas Anuar berkampung di Spice Arena Pulau Pinang untuk minggu ketujuh.

Dalam dua perlawanan di Pulau Pinang, pasukan yang berpangkalan di Putrajaya itu mencatatkan satu kemenangan ketika bertemu Bomba Fighters dan satu kekalahan ketika bertemu Johor Tigris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here