Muhyiddin bidas Najib sebagai tak faham bahasa

0
76
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyindir Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak faham bahasa dalam siri terbaharu pertembungan antara kedua-dua bekas Perdana Menteri itu.

Muhyiddin yang merupakan Perdana Menteri kelapan berkata demikian sebagai menyanggah kenyataan Najib bahawa Bersatu bertindak khianat terhadap UMNO selepas menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional (PN)

“Najib mungkin tak faham bahasa saya. Bila saya kata UMNO tidak mencalonkan sesiapa sebagai calon Ketua Menteri Sabah sehingga habis kempen itu fakta.

“Takkanlah saya nak tunggu sehingga habis kempen baru nak dinamakan calon.

“Semasa saya hadir mengumumkan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, saya beri bayangan “manalah tahu kalau rakan-rakan dalam PN, Barisan Nasional (BN) dan yang lain pun bersetuju, Hajiji adalah yang terbaik kita nak tawarkan sebagai calon memimpin negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, kenyataan awal itu hanyalah satu bayangan dan telah dilaporkan oleh pihak media.

“Saya ulang, saya beri bayangan kalau rakan-rakan lain bersetuju.

“Saya cakap secara berhemah. Kalau Datuk Seri Najib tak faham bahasa saya, saya nak buat macamana,” katanya yang turut melampirkan kenyataan yang disiarkan oleh Berita Harian pada 12 September 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here