Muhyiddin sahkan dijangkiti Covid-19

0
32
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Putrajaya semalam

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.

Presiden Bersatu itu berkata, bagaimanapun beliau hanya mengalami gejala ringan dan menjalani kurantin di rumah.

“Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik.

“Mengikut protokol Kementerian Kesihatan (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut menasihatkan mana-mana individu yang menjadi kontak rapatnya untuk mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

Semalam, Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang turut dihadiri Menteri-Menteri Kabinet, ahli-ahli Majlis serta pegawai kanan kerajaan.

Antara menteri yang hadir ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz, Tan Sri Noh Omar dan lain-lain.

Selain itu, mesyuarat itu juga disertai Tan Sri Dr Sulaiman Mahboob selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat MPN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here