
CYBERJAYA – Pengunjung Malakat Mall khususnya peminat aiskrim popsikel kini berpeluang menikmati pelbagai aiskrim berperisa buah-buahan segar termasuk Musang King keluaran Pop-labs.
Selain aiskrim Musang King, pilihan premium lain termasuk aiskrim perisa Lotus Biscoff yang masing-masing dijual pada harga RM5.
Jualan selama dua hari yang bermula hari ini sempena jualan usahawan pada hujung minggu itu turut menawarkan promosi beberapa jenis topping seperti Oreo, Biscoff, Chocholate Flake dan Chocholate Seeds.


Pemilik Pop-labs, Syefry Moniz berkata, sejak memulakan perniagaan kira-kira 2 tahun lalu, syarikatnya kini menawarkan kira-kira 20 jenis aiskrim dengan pelbagai perisa.
“Kebanyakan daripada aiskrim kami dihasilkan daripada buah-buahan segar dan tidak menggunakan perisa artifisial.
“Antara perisa buah yang kami pasarkan pada masa ini adalah tembikai, tembikai susu, mangga, oren, dragon mango, strawberi nenas dan jambu batu,” katanya.
Harga bagi aiskrim Pop-labs dibahagikan kepada kategori standard iaitu RM1.50 sebatang; FruitsBase RM2 sebatang dan Premium RM5 sebatang.
Selain itu katanya, pelanggan juga diberi peluang untuk menikmati aiskrim beserta topping yang dihidangkan di atas pinggan kertas.
“Harga dikenakan bagi satu topping pula adalah RM1 atau 2 topping pada harga RM1.50,” katanya yang baharu sahaja membuka outlet di Zenopy Resident, Seri Kembangan baru-baru ini.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi Syefry di talian 01130800825 atau layari laman Facebook : Aiskrim PopsLab Malaysia atau Instagram : Aiskrimpopslab



