Nilai kebolehjangkitan (Rt) negara menurun

0
14
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau nilai Rt yang direkodkan setakat semalam turun kepada 1.27 semalam berbanding 1.32 sehari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun nilai Rt di semua negeri masih lagi berada di atas paras 1.0 dengan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.99 (berbanding 1.96 kelmarin).

Katanya, Sarawak pula merekodkan nilai Rt kedua tertinggi dengan bacaan 1.50 berbanding 1.56 sehari sebelumnya.

“Sabah 1.47 diikuti Perlis (1.44); Kedah (1.41); Pulau Pinang (1.39); Terengganu (1.37); Kelantan (1.36) dan Selangor (1.32).

“Negeri Sembilan merekodkan nilai Rt pada 1.30, manakala Pahang dan Kuala Lumpur mencatatkan kadar 1.29 diikuti Putrajaya dan Johor 1.27; Perak (1.23) dan Melaka (1.21),” katanya dalam kenyataan di Facebook pagi ini.

Nilai Rt direkodkan mula melepasi nilai 1.0 di seluruh negara sejak minggu lalu ekoran peningkatan kes Covid-19.

Nilai Rt digunakan sebagai petunjuk untuk meramal jumlah yang mungkin dijangkiti. Semakin tinggi nilai R, semakin ramai yang berisiko mendapat jangkitan bagi setiap kes positif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here