Nilai Rt di semua negeri dalam trend menaik

0
15
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Peningkatan kes harian di negara ini terus menyaksikan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 melonjak sehingga 1.51 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai RT di semua negeri berada dalam trend menaik dengan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan nilai tertinggi iaitu 2.31.

Pada Khamis lalu, nilai Rt direkodkan mula melepasi nilai 1.0 di seluruh negara.

Berdasarkan infografik yang dikongsi menerusi Facebooknya, Sarawak mencatatkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu 1.82 diikuti Sabah 1.65.

“Terengganu (1.39); Kedah (1.37); Putrajaya (1.43); Pulau Pinang (1.45), Pahang (1.34); Johor (1.38); Selangor (1.29); Perak (1.26) Kelantan (1.41; Melaka (1.30); Kuala Lumpur (1.24) dan Negeri Sembilan (1.37).

Jumlah kes harian Covid-19 negara melebih 5 angka sejak Isnin lalu dengan lebih 20,000 kes dilaporkan semalam.

Nilai R digunakan sebagai petunjuk untuk meramal jumlah yang mungkin dijangkiti. Semakin tinggi Nilai R, semakin ramai yang akan mendapat jangkitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here