Norkhiriah dilantik duta produk minuman kesihatan Vieura

0
147
Norkhiriah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Vieura, Ahmada Muazzam Tasaki dalam majlis pelantikan Norkhiriah sebagai Duta Vieura hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon drama fenomena, Nur, Norkhiriah secara rasmi dilantik sebagai duta syarikat pengeluar minuman kesihatan, Vieura Group Sdn Bhd (Vieura).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vieura, Ahmada Muazzam Tasaki, pelantikan artis terkenal itu merupakan langkah syarikatnya untuk meningkatkan pemasaran dan penjenamaan produk di bawah jenama Vieura.

“Menerusi langkah ini kami yakin lebih ramai orang mengenali jenama Vieura dan tidak melepaskan peluang untuk mengamalkan produk kami,” katanya dalam majlis pelantikan Norkhiriah sebagai Duta Vieura hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmada berkata, pemilihan Norkhiriah juga diambil selepas pelakon drama itu secara konsisten mengamalkan produk keluaran Vieura sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Vieura, Ahmada Muazzam Tasaki

Menurut Ahmada, sebagai pengeluar minuman kesihatan, Vieura mensasarkan untuk membantu lebih ramai orang mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Beliau berkata, rangkaian produk yang dihasilkan syarikatnya seperti Jus Alwiqoyah dan G-Asfal telah membantu ramai individu yang mengalami masalah kesihatan seperti buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

Sementara itu, Norkhiriah berkata, beliau sangat bersyukur dipilih sebagai duta untuk syarikat tersebut.

“Jujur saya katakan saya tidak akan sesekali mempromosikan produk yang tidak memberi kesan kepada saya tetapi jika didapati bermanfaat maka saya akan kongsikan kepada umum.

“Dan atas dasar inilah saya menerima tawaran sebagai duta Vieura,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here