
CYBERJAYA – Orang ramai khususnya di sekitar daerah Sepang di jemput untuk hadir menderma darah hari ini di pusat beli belah Malakat Mall di sini.
Menurut pusat beli belah itu dalam satu kenyataan, program itu yang dianjurkan oleh Malakat Pharmacy akan diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang hari ini.
“Di samping membantu mereka yang memerlukan, banyak manfaat lagi yang anda dapat sekiranya menjadi penderma darah.
“Menderma darah boleh memberi kesan terhadap masalah kesihatan dalam diri seperti mengurangkan risiko sakit jantung, menyeimbangkan zat besi dalam darah, mengurang risiko penyakit kanser dan dapat memposes menggantikan sel darah baru, supaya anda akan rasa lebih sihat dan segar,” katanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, rakyat tempatan yang berhasrat untuk menderma darah diminta membawa kad pengenalan masing-masing.
Katanya, bagi warga asing, mereka diminta membawa pasport untuk rekod rujukan.