Pasukan khas negara siap siaga pertahan keselamatan Sabah

0
54

SEMPORNA – Pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dalam keadaan siap siaga digerakkan bagi memastikan tahap keselamatan Sabah sentiasa kukuh.

Menurut Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Mejar Jeneral Nubli Hashim, berikutan itu kekuatan pasukan khas yang terdiri daripada pasukan elit tentera laut, udara dan darat, sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Penglibatan pasukan khas ini penting, kerana konsep operasi mereka mampu mengawasi kawasan ‘blind spot’ yang tidak boleh dikawal secara dalam kumpulan besar.

“Mereka bergerak dalam kumpulan kecil dan berkeupayaan tinggi serta dapat diatur gerak dengan cepat,” katanya kepada Bernama selepas menyaksikan Eksesais Gempur Bara Siri 1/2022 yang diadakan di Pulau Siamil di sini, hari ini.

Sementara itu, Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brig. Jen. Abdul Karim Ahmad berkata, pihaknya tidak gentar dengan sebarang ancaman daripada pihak luar, sebaliknya mampu bertindak balas di luar dugaan.

Katanya, penambahan aset berteknologi tinggi seperti radar di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), berjaya mengekang jenayah rentas sempadan termasuk cubaan pendatang haram menyelinap masuk ke Sabah.

Setakat ini, pasukan tentera melalui ATB 2 telah berjaya menggagalkan lima percubaan masuk pendatang haram di Tawau, dengan 57 pendatang ditahan pada bulan lepas.

“Penempatan anggota dan penambahan peralatan teknologi tinggi membantu mengekang ancaman luar,” katanya.

Mengenai Eksesais Gempur Bara, Abdul Karim berkata, latihan selama lima hari yang berakhir hari ini, melibatkan pasukan khas tentera serta anggota VAT69 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here