Pelumba F1 boikot perlumbaan di Rusia

0
19
Litar Sochi Autodrom yang sepatutnya menjadi tuan rumah kepada perlumbaan F1 pada 26 September ini.

CYBERJAYA – Hak Rusia sebagai tuan rumah Perlumbaan Grand Prix (GP) F1 yang akan berlangsung pada 26 September ini di litar Sochi Autodrom ‘samar’ berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Tanpa menyelar tindakan ketenteraan negara itu, F1 menyifatkan perlumbaan tersebut tidak mungkin dapat dianjurkan ekoran tindakan boikot pelumba dari banyak pasukan.

F1 dalam satu kenyataan berkata, harapan untuk menyaksikan pasukan-pasukan terhebat beraksi di Rusia mungkin agak mustahil berikutan konflik yang tercetus kelmarin.

“F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah membincangkan kedudukan sukan kami dengan pasukan-pasukan, kami menyimpulkan adalah mustahil untuk mengadakan Grand Prix Rusia dalam situasi sekarang,” katanya.

Sebelum ini, juara dunia empat kali, Sebastian Vettel mengumumkan menarik diri dari perlumbaan sekiranya diadakan di negara tersebut.

Kenyataan Vettel turut disokong oleh Max Verstappen, pelumba pasukan McLaren, Lando Norris dan pelumba Mercedes, George Russell.

Sementara itu, Turki sebelum ini diramal sebagai tuan rumah yang akan menggantikan Rusia selepas menjadi hos sejak dua tahun lalu.

F1 bagaimanapun dilaporkan tidak akan menjadikan litar di Turki sebagai pilihan kali ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here