Pemberian vaksin untuk kanak-kanak bermula hari ini, 517,107 sudah daftar setakat 1 Februari

0
14
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) untuk mereka yang berumur lima hingga 12 tahun akan bermula hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya, program itu akan dilancarkan oleh Menterinya, Khairy Jamaluddin.

Katanya, program yang bermula pukul 10 pagi itu akan diadakan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian PICKids esok

Sebanyak tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di Lembah Klang mulai esok iaitu melibatkan World Trade Centre (WTC); Axiata Arena, Bukit Jalil; dan Ideal Convention Centre, Shah Alam.

Dalam pada itu, Khairy menerusi ciapan dalam Twitternya berkata, seramai 517,107 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di seluruh negara telah mendaftar bagi program itu setakat 1 Februari.

PPV terlibat memberikan PICKids

Katanya, jumlah tersebut dianggarkan 15 peratus daripada jumlah kohort 3.6 juta kanak-kanak di negara ini yang layak menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Berdasarkan data yang dikongsi, Selangor mencatatkan pendaftaran paling tinggi iaitu lebih 131,000 orang, diikuti Johor (81,400) dan Kuala Lumpur (47,500).

Tiga negeri yang mencatatkan pendaftaran vaksin kanak-kanak terendah setakat ini ialah Wilayah Persekutuan Labuan sekitar 900 orang, Perlis (1,900), dan Putrajaya (3,400).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here