Pemimpin FAM seperti badut, tiada sistem punca Malaysia kalah kepada Laos – selar Teong Kim

0
76
Lim Teong Kim

CYBERJAYA – Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang gagal membangunkan program pembangunan bola sepak negara secara sistematik sehingga menyebabkan skuad Harimau Malaya bawah 23 (B-23) tewas 2-0 kepada Laos B-23 semalam.

Teong Kim berkata, barisan pemain yang tewas semalam tidak seharusnya dipersalahkan di atas kegagalan itu dan ia harus dipikul sepenuhnya oleh FAM.

“Saya sudah banyak kali berkata bahawa jikalau FAM/MFL tidak membuat tanggungjawab mereka untuk mengadakan liga-liga remaja untuk pemain-pemain remaja Malaysia, jangan harap bahawa bola sepak Malaysia akan maju.

“Pembangunan seseorang pemain mesti melalui proses pembangunan belia yang sistematik. Dan ini, tidak ada di Malaysia.

“Situasi bola sepak kita tidak memberi pemain-pemain remaja untuk maju. Jadi kita tidak boleh menyalakan mereka. Yang salah adalah FAM dan MFL. Mereka yang seharusnya menyediakan dan melengkapkan landasan-landasan untuk pembangunan bola sepak di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran dalam Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Teong Kim juga menggesa supaya perubahan drastik dilakukan terhadap liga remaja serta menghadkan jumlah pemain import kepada tiga orang untuk Liga Super dan Liga Premier.

Selain itu, katanya, FAM juga perlu bertegas dengan tidak membenarkan pasukan kedua liga atau ‘feeder’ memiliki pemain import.

Beliau berkata, langkah itu merupakan salah satu kaedah bagi memajukan pembangunan bola sepak negara melibatkan pemain remaja.

“Pemain-pemain yang bermain lawan Loas tidak boleh dipersalahkan kerana proses pembangunan bola sepak FAM tiada sistem. FAM perlu pemimpin yang mempunyi ‘leadership quality’ bukan seorang yang seperti badut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here