Penyanyi legenda India meninggal dunia

0
32
Lata Mangeshkar

NEW DELHI – Penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar meninggal dunia, hari ini.

Mangeshkar, 92, sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke hospital setelah positif Covid-19 dan menghidap pneumonia.

Dia kemudiannya dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan diberi menerima bantuan pernafasan menggunakan ventilator.

Pada 28 Januari, keadaannya dilaporkan semakin baik membolehkan alat bantuan pernafasan tersebut ditanggalkan.

Namun, keadaan Mangeshkar kembali dilaporkan kritikal semalam, menyebabkan pihak doktor yang merawatnya terpaksa memasang alat bantuan tersebut kembali.

Usaha para doktor untuk menstabilkan keadaannya tidak berhasil sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, hari ini.

Mangeshkar memulakan kariernya sebagai penyanyi sejak berumur 13 tahun pada tahun 1942.

Sepanjang kariernya selama 70 tahun, mendiang telah menumbangkan suaranya kepada kira-kira 30,000 lagu dalam pelbagai bahasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here