
CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mula mengaktifkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS mulai esok.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebagai permulaan, sebanyak 100 katil disediakan bagi merawat kes-kes berisiko rendah.
Buat masa ini, pusat tersebut akan hanya menerima pesakit Covid-19 dari Lembah Klang sahaja.
“Kita mengaktifkan kembali PKRC di MAEPS mulai esok bagi tidak mengganggu operasi hospital sedia ada,” kata Khairy Jamaluddin, sebentar tadi.
Tambahnya, sekira diperlukan, PKRC tersebut boleh ditambah kapasitinya melebihi 700 katil.