PM doakan Muhyiddin cepat sembuh

0
14
Tangkap layar catatan Twitter Perdana Menteri

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan kesembuhan selepas positif Covid-19.

Perdana Menteri menerusi catatan di akaun Twitter rasminya turut mendoakan semoga Muhyiddin dan keluarga dilindungi Allah.

“Didoakan agar Allah SWT memberi kesembuhan dan melindungi YB Tan Sri (Muhyiddin) sekeluarga,” katanya dalam catatannya sambil memuat naik semula status Muhyiddin.

Muhyiddin hari ini mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas melakukan ujian Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Bekas Perdana Menteri itu menerusi hantara di media sosialnya, memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here