PM, Keluarga Malaysia ucap takziah kepada keluarga Rayan

0
23
Lokasi perigi di mana Rayan terperangkap sejak Selasa lalu.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan Oram yang meninggal dunia selepas terperangkap selama lima hari dalam sebuah perigi kering di sebuah kampung di utara Maghribi.

Dalam catatan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya hari ini, Ismail Sabri berkata, Keluarga Malaysia turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana. Anak syurga milik Allah SWT,” katanya dalam catatan tersebut, sebentar tadi.

Rayan, 5, terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter pada Selasa lepas di kampungnya di Ighran, yang terletak di kawasan bukit dekat Chefchaouen dan usaha menyelamatkannya dijalankan sejak itu.

Rayan akhirnya berjaya dikeluarkan lewat semalam dari perigi kering itu setelah pihak penyelamat menggali terowong bagi menyelamatkannya.

Namun, Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan telah menghembuskan nafas terakhir sejurus dibawa ke hospital berdekatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here