Polis siasat kes Proton Persona dibawa secara melulu di Jalan Tun Razak

0
30
Tangkap layar kereta jenis Proton Persona yang dibawa secara melulu di Jalan Tun Razak

CYBERJAYA – Polis akan melakukan siasatan segera berhubung kejadian sebuah kereta jenis Proton Persona yang didakwa dipandu dalam keadaan melulu di Jalan Tun Razak semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dilakukan ke atas individu terbabit selepas kejadian berkenaan tular di media sosial.

“Polis mengesan satu video kejadian perselisihan faham antara dua pemandu kereta yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, tular video berdurasi tiga minit memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Proton Persona bertindak memandu melulu dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak.

Menurut Noor Dellhan, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan yang menyalahi peruntukan undang-undang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here