PPM rampas lima pelanduk di Langkawi

0
58
Pelanduk yang dirampas PPM di pesisir Pantai Selat Panchor

LANGKAWI– Sebanyak lima ekor pelanduk yang telah disembelih serta pukat yang dipercayai digunakan untuk menangkap haiwan berkenaan berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di Pulau Langkawi semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kasim berkata, pihaknya mengesan kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di pesisir Pantai Selat Panchor pada pukul 7.15 malam.

“Semasa pasukan PPM cuba menghampiri kawasan tersebut, kedua-dua suspek mula menyedari kehadiran polis dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shamsol, pemeriksaan mendapati terdapat lima ekor haiwan disyaki pelanduk dalam keadaan telah disembelih dan kaki diikat bersama satu unit pukat.

“Pukat berkenaan dipercayai digunakan untuk menjerat haiwan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, nilai rampasan dianggarkan bernilai RM900 dan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Langkawi untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here