PRN Johor: BN pertaruh lebih 70 peratus muka baharu

0
44
Antara pemimpin kanan BN yang hadir dalam majlis pengumuman calon BN hari ini

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) meletakkan lebih 70 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sekali gus menjadi penanda aras baharu pemilihan calon bagi parti itu dalam menghadapi pilihan raya selepas ini.

Katanya, BN turut menggunakan konsep WALI yang menggariskan tiga elemen iaitu ‘winnable’, ‘acceptable’ dan ‘likeable’ dalam menentukan calon bagi PRN Johor.

“Lebih 80 peratus calon PRN Johor juga berusia  55 tahun ke bawah, manakala 80 peratus calon berkelulusan akademik serta profesional,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis pengumuman calon BN, di sini.

Dalam pada itu katanya, kombinasi tiga elemen itu bukan hanya akan jadi perubahan besar dalam pemilihan calon BN selepas ini dan dalam masa sama tidak melupakan mereka yang berpengalaman dalam memberi perkhidmatan serta kesinambungan terbaik parti.

Sementara itu, UMNO akan meletakkan sebanyak 37 calon manakala MCA dan MIC masing-masing meletakkan 15 dan empat calon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here