PRN Johor: Bukan enam, tapi Wanita UMNO desak sekurang-kurangnya 16 calon wanita diketengahkan

0
67
Datuk Norshida Ibrahim

CYBERJAYA – Pergerakan Wanita UMNO menggesa supaya kepimpinan parti Barisan Nasional (BN) mengkaji semula hasrat untuk meletakkan hanya enam calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata, meskipun angka tersebut masih belum dimuktamadkan dan hanya khabar angin, ia seharusnya diambil serius dan tidak mencerminkan agenda untuk meletakkan 30 peratus calon wanita dalam pilihan raya.

“Khabarnya calon Wanita akan hanya diberikan enam kerusi daripada 56 kerusi yang akan dipertandingan pada kali ini dan ini tidak menunjukan cerminan sokongan pimpinan BN terhadap agenda 30 peratus Wanita dalam BN Johor.

“Wanita tetap mendesak soal ini dan perlu diperhalusi dengan sebaiknya kerana Wanita BN Johor mempunyai sebahagian besar calon yang berwibawa dan mampu menang dan memperkukuhkan peluang BN Johor mendapat majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, calon wanita perlu diberi peluang dalam PRN kali ini bagi membuktikan kemampuan mereka sebagai wakil rakyat.

Sementara itu, difahamkan BN akan mengumumkan senarai 56 calon yang mewakili parti itu esok.

Difahamkan senarai senarai nama yang dihantar adalah di peringkat akhir dan sebanyak 30 peratus calon dijangka merupakan muka baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here