PRN Johor: DAP dan Amanah bagi laluan MUDA bertanding 6 kerusi DUN

0
41
Syed Saddiq

CYBERJAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapat laluan daripada DAP dan Amanah untuk bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Syed Saddiq, enam kerusi DUN itu ialah Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai

“Parti Amanah, DAP dan MUDA telah mengadakan rundingan untuk pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN Johor.

“Setelah siri-siri mesyuarat dan perbincangan pelbagai hala dilakukan, keputusan rundingan rasmi antara semua parti ini telah sebulat suara dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, rundingan antara MUDA dan PKR sedang diteruskan demi kesepaduan menghadapi PRN tersebut.

Beliau berkata, rakyat Johor berhak mendapat kepimpinan yang mahukan Johor Bangkit menjadi sebuah negeri yang maju, beramanah, bermaruah dan berintegriti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here