
JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah pada 12 Mac ini.
Dalam satu sidang akhbar hari ini, Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon adalah pada 26 Februari, manakala pengundian awal pada 8 Mac,
Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN untuk diadakan.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata. PRN itu perlu dilakukan agar pentadbiran mempunyai mandat lebih besar, berbanding kelebihan satu kerusi sebelum ini.
PRN Johor juga merupakan pilihan raya pertama melibatkan pengundi berusia 18 tahun ke atas, juga pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.