
JOHOR BAHRU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan lima calon awal daripada parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi kawasan Johor Selatan.
Pengumuman itu dibuat oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Antara yang dicalonkan ialah Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, yang akan bertanding di DUN Kempas
Selain Napsiah, dua lagi calon ialah Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim, 34, yang akan bertanding di di DUN Pasir Raja dan Arthur Chiong Sen Sern, 32, (DUN Bukit Batu).
Pada masa sama, Anwar turut mengumumkan Dr Zamil Najwah Arbain, 48, yang pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum-14 lalu akan membuat kemunculan semula di DUN Larkin.
Bagi DUN Tiram pula, PKR mengekalkan penyandang kerusi itu, S Gopalakrishnan untuk bertanding dalam PRN Johor yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac hadapan.