PRN Johor: Parti Warisan sah letak calon bertanding

0
36
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

JOHOR BAHRU – Parti Warisan yang dipimpin bekas Menteri Besar Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal secara rasmi akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan berkata, parti itu akan bertanding melalui platform Parti Warisan Johor.

Beliau berkata, Parti Warisan Johor akan diketuai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup, Suhaimi Salleh, dengan tujuan untuk memberi pilihan kepada rakyat Johor.

“Kita dah tahu rasa bagaimana BN (memerintah), bagaimana PH (memerintah). Mesti nak berunding, tetapi itu bukan pilihan rakyat. Pilihan rakyat, rakyat bosan dengan parti politik, rakyat bosan dengan ahli politik.

“Masa itu saya maklum kita perlu sediakan pilihan. Kita dah nampak pilihan ada di Melaka rakyat tolak PH, di Sarawak rakyat tolak PH. Why? People don’t want to vote sebab no choice. So, we provide choice,” katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Keputusan Warisan untuk bertanding di PRN Johor ini, kata Mohd Shafie lagi, adalah sebagai langkah persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum, yang berkemungkinan akan berlaku tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Parti Warisan Johor sempena PRN Johor yang akan menyaksikan hari penamaan pada 26 Februari ini, hari pengundian pengundian pada 12 Mac depan.

Ditanya mengenai jumlah kerusi yang ingin ditandingi Warisan, Mohd Shafie berkata perkara itu akan diumumkan apabila tiba waktu yang sesuai.

Ditanya jika latar belakang Warisan itu yang bermula di Sabah, akan membuatkan mereka tidak diterima di Johor, Mohd Shafie berkata, parti politik bebas untuk bertanding di mana-mana sahaja di negara ini.

“PBS bertanding di Penang (Pulau Pinang), UPKO bertanding di Perak. PBS presiden dia Joseph Pairin Kitingan, presiden dia Bernard Dompok. Presiden Warisan ialah Shafie Apdal. He was a national leader. Pairin tak dikenali di Penang.

“Saya di Balik Pulau banyak keluarga. My wife dari Sungai Petani, dari Tikam Batu. Menantu saya Muar, Johor. I’ve served this country, served this nation. Not because party ini datang dari Kota Belud, Sabah. We are all Malaysians,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here