PRN Johor: Puad Zarkashi buat penampilan semula, diletakkan di DUN Rengit

0
121
Datuk Dr Puad Zarkashi

JOHOR BAHRU – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Puad Zarkashi membuat kemunculan semula selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Jalan Yahya di sini.

Puad dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit yang dimenangi oleh calon BN, Ayub Jamil dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Dalam PRU lalu BN menang di kerusi Rengit dengan majoriti 4,172.

Sebanyak 80 peratus calon yang ditampilkan BN berumur di bawah 55 tahun, manakala lebih 70 peratus merupakan muka baharu.

Hasni yang juga Menteri Besar berkata, senarai yang diumumkan hari ini masih belum lengkap kerana calon-calon MCA belum dimuktamadkan.

Berikut adalah senarai penuh calon-calon BN:

N.01 Buloh Kasap: Datuk Zahari Sarip (UMNO)

N.02 Jementah: MCA

N.03 Pemanis: Anuar Abd. Manap (UMNO)

N.04 Kemelah: Saraswathy (MIC)

N.05 Tenang: Haslinda Salleh (UMNO)

N.06 Bekok: MCA

N.07 Bukit Kepong: Ismail Mohamad (UMNO)

N.08 Bukit Pasir: Ir. Mohamad Fazli Mohamad Salleh (UMNO)

N.09 Gambir: Shahrihan Jani (UMNO)

N.10 Tangkak: MCA

N.11 Serom: Kharinnisa Ismail (UMNO)

N.12 Bentayan: MCA

N.13 Simpang Jeram: Datuk Lokman Md. Dun (UMNO)

N.14 Bukit Naning: Datuk Md. Fuad Tukirin (UMNO)

N.15 Maharani: Noor Farah Shamsudin (UMNO)

N.16 Sungai Balang: Mohd Helmy Abd. Latif (UMNO)

N.17 Semerah: Mohd. Fared Md. Khalid (UMNO)

N.18 Sri Medan: Datuk Zulkurnain Kamisan (UMNO)

N.19 Yong Peng: MCA

N.20 Semarang: Datuk Samsol Bari Jamali (UMNO)

N.21 Parit Yaani: Datuk Najib Samuri (UMNO)

N.22 Parit Raja: Rashidah Ramli (UMNO)

N.23 Penggaram: MCA

N.24 Senggarang: Mohd. Yusla Ismail (UMNO)

N.25 Rengit: Dato’ Mohd. Puad Zarkashi (UMNO)

N.26 Machap: Datuk Onn Hafiz Ghazi (UMNO)

N.27 Layang Layang: Haji Mutalif Rahim (UMNO)

N.28 Mengkibol: MCA

N.29 Mahkota: Datuk Sharifah Azizah (UMNO)

N.30 Paloh: MCA

N.31 Kahang: Vidyananthan Ramanadhan (MIC)

N.32 Endau: Yuzaimi Md. Yusof (UMNO)

N.33 Tenggaroh: Raven Kumar Krishnasamy (MIC)

N.34 Panti: Hahasrin Hashim (UMNO)

N.35 Pasir Raja: Rashidah Ismail (UMNO)

N.36 Sedili: Muszaide Makmur (UMNO)

N.37 Johor Lama: Noorliza Noh (UMNO)

N.38 Penawar: Fauziah (UMNO)

N.39 Tanjung Surat: Datuk Syed Sis Abd. Rahman (UMNO)

N.40 Tiram: Azizul Bachok (UMNO)

N.41 Puteri Wangsa: MCA

N.42 Johor Jaya: MCA

N.43 Permas: Baharuddin Md. Taib (UMNO)

N.44 Larkin: Mohd. Hairi Md. Shah (UMNO)

N.45 Stulang: MCA

N.46 Perling: MCA

N.47 Kempas: Ramli Rohani (UMNO)

N.48 Skudai: MCA

N.49 Kota Iskandar: Tn Haji Pandak Ahmad (UMNO)

N.50 Bukit Permai: Datuk Md Jafny Md Shukor (UMNO)

N.51 Bukit Batu: MIC

N.52 Senai: MCA

N.53 Benut: YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad (UMNO)

N.54 Pulai Sebatang: Hasrunnizah Hassan (UMNO)

N.55 Pekan Nanas: MCA

N.56 Kukup: Datuk Jefridin Atan (UMNO)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here