Pusat peperiksaan SPM dinaiki air, KPM buka bilik gerakan banjir

0
31
Keadaan SMK Rantau Panjang yang dinaik air hari ini

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuka bilik gerakan banjir susulan situasi banjir yang melanda Terengganu dan Kelantan menjejaskan beberapa pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri tersebut.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Lembaga Peperiksaan juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat.

“Saya mengambil maklum tentang situasi banjir di Terengganu dan Kelantan yang turut menjejaskan beberapa pusat peperiksaan SPM di negeri tersebut.

“KPM telah membuka bilik gerakan banjir dan Lembaga Peperiksaan juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat.

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan anak-anak calon SPM 2021 dapat membuat persedian untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu hantaran me nerusi laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu tular beberapa keping gambar yang menunjukkan beberapa sekolah di negeri Pantai Timur itu dinaiki air selepas hujan lebat yang melanda negeri tersebut sejak semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here