Rakyat Malaysia di Ukraine dipercayai larikan diri ke Poland

0
102

CYBERJAYA – Lapan rakyat Malaysia yang sebelum ini dikatakan masih berada di Ukraine, dipercayai sedang melarikan diri dari Kiev menuju ke sempadan Poland menggunakan jalan darat.

Portal South China Morning Post (SCMP) melaporkan, mereka yang turut disertai oleh dua rakyat asing, sebelum ini cuba untuk menyewa sebuah bas, namun membatalkannya akibat kesesakan lalu lintas.

Kini, mereka semua dipercayai bergerak dalam konvoi sebanyak empat buah kereta bagi mengharungi perjalanan sejauh 782 kilometer (km) ke arah Lviv.

Menurut laporan itu, rancangan untuk keluar dari ibu negara Ukraine itu telah dilaksanakan sejak malam Jumaat tetapi pengeboman Rusia di Kiev telah melumpuhkan sistem pengangkutan dan perbankan.

Setiausaha Pertama Kedutaan Malaysia, Fadhilah Daud, telah membuat panggilan untuk meneruskan pelan alternatif selepas beberapa sumber rasmi berkata kementerian luar telah mengelirukan pemindahan mereka.

Terdahulu, sebanyak 13 rakyat Malaysia telah pun meninggalkan Ukraine sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Situasi di Ukraine semakin tidak menentu berikutan operasi ketenteraan Rusia di negara itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada yang didakwa ‘lebih cenderung menyokong blok Barat’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here