Rayan disahkan meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital

0
224
Pasukan penyelamat membawa jenazah Rayan keluar selepas terperangkap lebih 100 jam dalam perigi buta

RABAT – Kanak-kanak berusia lima tahun, Rayan Awram yang terperangkap dalam lubang perigi sedalam 32 meter di wilayah Chefchaoen, utara Maghribi sejak lima hari lalu disahkan meninggal.

Kematian Rayan disahkan oleh pemerintah Maghribi, Raja Mohammed VI seperti dilaporkan portal berita Arab News pada Ahad.

Menurut laporan itu, Raja Mohammed telah menghubungi sendiri bapa dan ibunya, Khaled Awram and Wassima Khersheesh bagi menyampaikan ucpan salam takziah.

Rayan sebelum itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada malam Sabtu, waktu Maghribi (pagi Ahad waktu Malaysia) selepas lebih 96 jam berusaha.

Menurut laporan berita itu lagi, Rayan dipercayai mengalami kecederaan di kepala, kecederaan saraf tunjang serta patah tulang di beberapa bahagian badannya.

Pasukan penyelamat dan perubatan menyelamatkan Rayan dengan cara memasuki terowong penggalian sedalam lebih 150 meter di bahagian sisi lokasi lubang mangsa terperangkap.

Sementara itu, laporan Daily Mail menyebut, pasukan penyelamat dirakam mengeluarkan Rayan dan membawanya keluar dari tempat kejadian untuk dirawat oleh doktor, ketika beribu-ribu penduduk kampung yang berkumpul melaungkan doa dan ucapan selamat.

Bagaimanapun pegawai kerajaan Maghribi mengesahkan bahawa budak lelaki itu tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia sebelum penyelamat sampai kepadanya.

Jenazahnya dilihat dibalut dengan selimut kuning selepas dia dibawa keluar dari terowong yang digali khusus untuk operasi menyelamat itu.

Insiden itu dikatakan berlaku selepas pasukan perubatan dilihat memasuki terowong dengan pengusung, di mana mereka berada selama lebih sejam di dalam terowong terbabit.

Sebaik dibawa keluar, Rayan dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter yang sudah ditugaskan menunggu di luar kawasan penggalian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here