Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Pahang dan Johor

0
8
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Pahang dan Johor petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka melanda sehingga pukul 5 petang ini.

“Di Pahang, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir di Kuantan dan Pekan.

“Kawasan yang terjejas di Johor pula ialah di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya di laman Facebooknya sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here