Rusia mula serang Ukraine

0
147

KIEV – Tentera Rusia mula memasuki wilayah Ukraine dari beberapa lokasi, beberapa jam selepas Presiden Validimir Putin mengeluarkan arahan menyerang negara itu.

Beberapa agensi berita tempatan melaporkan, kereta kebal dengan bantuan kereta perisai dirakam melintasi sempadan memasuki Ukraine, termasuk dari wilayah Crimea yang dibawah kekuasaan Kremlin.

Serangan itu didahului dengan serangan udara dan bedilan peluru berpandu dan roket, bertujuan bagi melemahkan pertahanan Ukraine.

Jurucakap presiden Ukraine, Mykhailo Podoliak dipetik sebagai berkata, tentera Ukraine sedang cuba mempertahankan negara mereka.

“Buat masa ini, tentera kami sedang bertahan. Terdapat laporan ada anggota tentera kami yang gugur,” kata Podoliak tanpa menyebut lokasi pertempuran.

Difahamkan, lokasi serangan tentera Rusia setakat ini memfokuskan sasaran ketenteraan seperti markas dan pusat penyimpanan senjata.

Terdahulu, Ukraine dilaporkan mengemukakan permohonan rasmi kepada Turkiye supaya menutup laluat Selat Bosphorus dan Dardanelles daripada dilalui oleh armada laut Rusia.

Laporan TRT World menyebut, permohonan itu dikemukakan oleh Duta Ukraine ke Turki, Vasyl Bodnar semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here