
CYBERJAYA – Syarikat produk penjagaan diri milik bumiputera, Sireh Emas memperkenalkan program baharu yang membolehkan usahawan menjana keuntungan dengan mudah tanpa perlu mengendalikan stok atau pekerja.
Menurut Pengerusi Kumpulan Sireh Emas, Azrui Nizam, menerusi platform SIREHEMAS2U pelanggan produk itu berpeluang membina pendapatan aktif dan pasif apabila mereka mula membuat belian ulangan dan mengesyorkan produk tersebut kepada ahli keluarga, kenalan mahupun orang ramai.
“Ini adalah konsep penting yang menjadi kunci kejayaan anda dalam membina dan mengekalkan pendapatan pasif apabila kumpulan pelanggan yang setia menjadi semakin besar.
“Pelanggan hanya perlu daftar sebagai ahli dan mengguna produk ini, kemudian berkongsi manfaat dan kebaikan produk.
“Bagi menjana pendapatan, pelanggan
boleh memperkenalkan dan mendaftarkan ahli baharu. Platform ini membuka ruang untuk usahawan baru membina RM1,000 hingga RM5,000 dengan mudah tanpa mengendalikan stok atau pekerja,” katanya kepada Malakat Tribune.
Mengulas lanjut, Azrui berkata, pihaknya mensasarkan sebanyak 10,000 ahli mendaftar program itu pada tahun ini.
Dalam pada itu, katanya, sebagai ahli SIREHEMAS2U, pelanggan yang menjadi pelanggan yang melakukan pembelian awal serendah RM100 akan secara automatik didaftar sebagai ahli.
Selain itu, katanya, pelanggan juga akan mendapat penjimatan harga antara 25 hingga 30 peratus untuk semua produk dan dapat menikmati pelbagai jenis ganjaran atau bonus sebagai ahli.
Lebih istimewa, Azrui berkata, setiap produk yang dikeluarkan syarikat itu juga mempunyai pensijilan halal dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan, sijil Sistem Pengurusan Kualiti (ISO) dan Amalan Perkilangan Baik (GMP).
“Pada masa sama, kami juga menjalin kerjasama dengan beberapa influencer bagi memasarkan produk masing masing antaranya adalah Datuk Haji Fadzilah Kamsah melalui produk minuman coklat untuk kanak kanak, ExcelGrow dan krim untuk kulit kering ExcelCare Skin Theraphy dan pelakon Amar Asyraf melibatkan produk vitamin C Ellojoy C-Guard.
“Selain itu, turut terlibat ialah pelakon Shah Iskandar yang akan memperkenalkan Ellojoy GingerMax, produk kesihatan untuk lelaki serta Zulin Aziz yang julung kali terlibat dalam produk vitamin kucing Zuzoovit,” katanya.