SPM : KPM tidak setuju sekolah menengah dijadikan pusat mengundi

0
29
Dr. Radzi Jidin

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk tidak membenarkan sekolah-sekolah menengah di Johor dijadikan pusat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana pertembungan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 12 Mac ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Bagaimanapun kata, sekolah-sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan itu.

ā€œSaya dapat maklumat semalam bahawa sekolah menengah di negeri ini mungkin digunakan sebagai pusat mengundi PRN Johor akan datang.

ā€œTetapi kementerian belum terima permohonan secara rasmi daripada SPR dan kita juga sudah membuat ketetapan bahawa kita tidak mahu sekolah menengah digunakan sebagai pusat mengundi.

“Ini bagi memastikan bukan sahaja guru-guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan SPM, tetapi lebih utama adalah terhadap pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut,ā€ katanya semalam.

Tambahnya, pihaknya juga telah menerima banyak rungutan berhubung perkara itu khususnya daripada guru-guru dan ibu bapa yang mempunyai anak didik bakal menduduki SPM pada bulan Mac ini.

Kata beliau, peperiksaan bertulis SPM 2021 akan dijalankan bermula pada 3 Mac sehingga 29 Mac ini.

PRN Johor telah ditetapkan pada 12 Mac dengan pengundian awal akan dibuat pada 8 Mac,ā€katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here