
CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan berhubung pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc., Tim Leissner dalam dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat.
Memetik laporan Utusan Malaysia yang memetik satu sumber, kenyataan Rohana diambil berhubung pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta kepadanya.
Sumber berkata, siasatan itu akan dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.
“Keterangan Rohana telah diambil SPRM kira-kira pukul 9 pagi tadi di SPRM, Putrajaya,” katanya kepada akhbar tersebut.
Terdahulu, perbicaraan kes 1MDB di Amerika Syarikat bertukar sensasi selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan dengan Rohana.
Memetik laporan Bloomberg, ketika ditanya oleh pendakwa, Drew Rolle mengenai hubungan berkenaan, Leissner memetik beberapa termasuk Rohana, menjelaskan hubungan itu sudah berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.